Baru hari ini dapat update untuk blog ini. Bukan tak mau update tapi ada masalah untuk buka blog. Alhamdulillah hari ini dapat buka blog ini . Yahoo!!!
Hari ini saya nak paparkan satu hakikat dunia yang memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Ramai dah diperkatakan orang, tapi saya tetap mahu menunjukkannya. Harap pihak yang membaca boleh jadikan pengajaran terutama golongan muda.
Hal ini ialah berkaitan dengan orang Yahudi yang memang terkenal dengan pelbagai kepandaian.... memang tidak dinafikan. Walaupun kita tidak suka orang Yahudi tetapi amalan yang dilakukan patut dijadikan sebagai pengajaran oleh semua orang yang ingin berjaya seperti mereka.
Silalah membaca amalan sepanjang hayat mereka (saya petik daripada orang yang pernah mengkaji tentang mengapa orang Yahudi bijak)
Setelah berada 3 tahun
di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada
beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini,
iaitu "Mengapa Yahudi
Bijak?". Memang tidak dapat
dinafikan ramai cendiakawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering,
musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang
paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari
kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan
sebagainya.
Ketika tahun kedua,
akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke
California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa
tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah
manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka
saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat
sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya
lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan
data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah
pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan
sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum
lain.
90%
PRODUK DI PASARAN MILIK YAHUDI
|
Marilah kita mulakan
dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang
sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan
sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku
matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh
hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan
bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya,
oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya
bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau
menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya
sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak"
Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat
latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.
KACANG BADAM - KAYA PROTEIN & VITAMIN B
|
Seperkara lagi yang
saya perhatikan ialah pemakanan, sejak awal mengandung beliau gemar sekali
memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari menu utama
beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam
dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk
perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat
merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut
beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi
semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak
ikan.
AWAS
BAHAN KIMIA DALAM KEPALA IKAN
|
Ketika saya diundang
untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya
perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan, yang dapat diperhatikan ialah
mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging
tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging
dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian,
terutama badam.
Seperkara yang pelik
ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.
Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan
buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi
atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa
mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
MEROKOK MELAHIRKAN GENERASI CACAT OTAK
|
Di Israel, merokok
adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali
merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah dan anda
kena merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel ,
siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan
akan melekat pada gens, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi
yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh
saintis yang mendalami bidang gens dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.
PIL
MINYAK IKAN KAYA DENGAN VITAMIN A & D
|
Perhatian saya
selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup
dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan
menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak-kanak
Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab
dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan
violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami
nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal
menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat
stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius
muzik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1
hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan
pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya,
perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan
boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran akan dengan mudah di
tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi
kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan
berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak
memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.
Selanjutnya
pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid
ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala
projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap
diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan
engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan
Universiti.
Satu lagi yang diberi
keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka
begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di
universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan
mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar
setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah
kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat
milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia!
Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti
Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
MAKAN
ISI IKAN SAHAJA KEPALA ???
|
Pernahkah anda melihat
cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan
menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka
dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam
juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, contohnya ketika
bertasbih atau meratib. ini juga dapat mensimulasikan otak kita supaya
bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan
kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah
ianya suatu kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini
kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York,
Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan
bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yang bernas,
jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan
kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka
menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY,
Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai
ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi
dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan
ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa
faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa
kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada
teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan
tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin?
Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan
latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik
klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan
berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik
sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin
sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga
sukan yang memerlukan kosentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang,
dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yang bodoh dan bebal dan sudah
tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke
Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di
anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga
sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!
Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan
seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran
mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi
pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negera Singapore hanyalah
sebuah pulau sebesar Manhattan !!
BUAH
KURMA AMAT BERKHASIAT
|
Anda mungkin musykil,
benarkah merokok dapat melahirkan generasi bebal? Saya telah menemui beberapa
bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja
anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda
akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan
hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti
terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.
Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka
begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan
mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda
fikirlah sendiri.
Dalam tesis ini, saya
tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga
diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik
dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan
generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil
dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan
saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri
tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang
telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat
menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa
saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan
manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa
mengenal batasan bangsa.