Selasa, 16 Jun 2009

bermulanya penggal 2 persekolahan

Persekolahan penggal ke dua sudahpun bermula. Seronok juga setelah dua minggu bercuti, walaupun cutiku yang sebenar hanyalah satu minggu. Dapatlah juga berjalan-jalan menziarahi kaum keluarga yang jauh.
Hm..... tapi geramnya dengan hasil keputusan subjek yangku ajar. Budak-budakni dah tau subjek ni susah tapi tak mau belajar dan buat ulangkaji bersungguh-sungguh. Akhirnya soalan yang senang pun mereka susah nak jawab. Apatah lagi soalan yang susah. Dah puas dah bagi motivasi tapi masih lagi tak nak ikut. Mudah-mudahan selepas ini mereka insaf dan belajar dengan lebih tekun. Amin.

Rabu, 10 Jun 2009

Jumaat, 5 Jun 2009

kisah waktu cuti sekolah (sambungan)

Dari hari Selasa hingga hari Jumaat, saya terpaksa ke sekolah. Selain kelas tambahan , saya terpaksa juga menyiapkan bahan untuk program kecemerlangan Jxxxx. PPD sudah ambil semua bahan hari Jumaat semalam. Lega rasanya. Harap2 semuanya ok dan tidak ada perkara berbangkit.
Saya harap minggu hadapan tak payah lagi ke sekolah dan dpatlah bersama-sama dengan keluarga. Bercuti ke..... atau apa2lah.

Rabu, 3 Jun 2009

kisah waktu cuti sekolah

Cuti sekolah sudahpun bermula . Tetapi macam biasalah cikgu, nama sahaja cuti tetapi masih lagi wajib ke sekolah. Kelas tambahan dan juga bertugas untuk waktu cuti. Program Kecemerlangan pelajar ting 3 dan 5 akan diadakan untuk peringkat xxxxx. Tugasan menyiapkan bahan terletak di tangan sekolah saya. Nasib baik lah ramai yang membantu. Hampir siap dan esok ada sedikit bahan lagi yang perlu dicetak dan dimasukkan ke dalam fail.
Harap-harap esok semuanya beres dan tak payah lagi saya nak pening-pening kepala.
Esok kelas tambahan untuk 5C akan diadakan. Tentu dia orang sakit hati sebab terpaksa layan kelas BM. Rasa-rasa nak tambah lagi kerja rumah dan suruh dia orang buat pembetulan untuk pep. 1/2 thn . Bukan apa..... biar dia orang betul2 faham dan dapat 1A untuk SPM nanti. Amin.

Sabtu, 30 Mei 2009

Bengkel teknik menjawab ekonomi stpm





pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas Munsyi sedang tekun menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka.





Inilah cikgu Said Rahmat dari SMK Munsyi Abdullah yang begitu berdedikasi. 1 Mei pun boleh datang bagi ceramah.